Ahad, 19 Disember 2010

MAJLIS ILMU

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barang siapa meniti satu jalan untuk mencari ilmu, maka dipermudahkan Allah baginya jalan ke syurga."

WAN HABSAH MOTIVATION CENTRE MENGAJAK ANDA UNTUK BERSAMA-SAMA DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU.  Antara program yang diadakan ialah :
  1. Kelas Fardu Ain di Surau Oaklef Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.Waktu : 5 petang Hari : Ahad
  2. Kelas Iqra' dan Hafazan di Madrasah Al-Diniah, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.  Waktu : 3 petang.  Hari : Sabtu
  3. Kuliah Bulanan di TM Menara Rebung, setiap Minggu Kedua.  Waktu : 1 tengahari.  Hari Jumaat
  4. Kuliah Bulanan di Masjid Taman Tasik Puteri.  Waktu : 10 pagi.  Hari : Sabtu.
Aktiviti Ustazah yang telah Lepas :
  1. Ceramah Smart Solat  (8.30-10.30pagi):  Penghayatan Solat Fardu di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat pada 18.12.2010. 
  2. 11.00 pg-1.00 t/hari : Program Motivasi Remaja di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat.
  3. 1.00-2.00 ptg. Kuliah Bulanan di TM Menara Rebung.  Buku ; Sirah Rasulullah s.a.w

ADDIN ANNASIHAH (AGAMA ITU NASIHAT) NASIHAT 1

4 SOALAN DI HARI KIAMAT. BERSEDIAKAH KITA MENJAWABNYA?

Rasulullah s.a.w., bersabda yg bermaksud: “Tidak akan berganjak dua  tapak kaki manusia pada hari kiamat dari sisi Tuhannya sehingga ia disoal tentang empat perkara: Tentang umurnya untuk apa ia dihabiskan, tentang zaman mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana ia memperolehinya dan untuk apa ia dibelanjakan dan tentang ilmunya apa yang dilakukan dengan ilmunya itu”.  (Hadis riwayat al-Tarmizi).

Menerusi hadis ini kita boleh lakukan muhasabah apa yang kita lakukan dengan 4 perkara yang telah dianugerahi Allah S.W.T untuk menjawab kedudukan kita di akhirat kelak.

4 SOALAN MUHASABAH DIRI?
UMUR      :  Banyak buat pahala atau banyak buat dosa
MUDA      :  Banyak hiburan atau banyak tugasan
HARTA    :  Banyak belanja untuk jalan kebaikan atau jalan kemaksiatan
ILMU        :  Banyak guna ilmu untuk jalan semakin mendekatkan diri kpd Allah
   atau semakin menyimpang dari mengingati Allah (hanya keduniaaan
   semata-mata)
Semoga umur, usia muda, harta dan ilmu dapat memberi saham yang berguna untuk kita bukan sahaja di dunia, mahupun di akhirat.  Fikir-fikirkan dan Selamat Beribadah.

Jumaat, 10 Disember 2010

PUTUS ASA ATAU KECEWA : SEBAB, KESAN DAN CARA MENANGANINYA

3 SEBAB
  1. KURANG ILMU.  Seseorang yang tiada ilmu bila kecewa tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah.  Baginya sudah tidak ada jalan penyelesaiaan bagi segala masalahnya.  Oleh itu mereka mudah terjebak kepada perkara yang salah, tindakan yang dibuat menjadi tidak rasional dan biasanya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat.
  2. KURANG IMAN.  Apabila tiada iman atau kurangnya iman, syaitan dan hawa nafsu yang jahat akan memandu diri.  Akibatnya mereka akan mersa amat kecewa dalam hidup.  Dendam, marah, kecewa akan menguasai diri yang akhirnya menyebabkan mereka terus-terusan melakukan dosa atau maksiat, sudah tidak kenal Agama dan sudah hilang panduan dan yang paling menyesatkan adalah tidak kenal Allah lagi.
  3. KURANG MOTIVASI.  Kebiasaannya seseorang yang kecewa, tertekan dan putus asa ini kurang motivasi dalaman dan luaran.  Tidak ada yang sudi mendengar atau dia sendiri tidak mahu meluahkan.  Kebanyakan mereka ini lebih banyak memendam perasaan.  Akhirnya, bila tiada sokongan, dorongan dalaman dan luaran mereka bila-bila masa boleh memberikan reaksi yang sangat negatif.
3 KESAN
  1. TEKANAN/ STRESS.Sentiasa murung, sedih, marah atau dendam dll.  Tidak dapat menangani masalah, sentiasa buntu dan mudah dilanda penyakit dll
  2. PERCAKAPAN  dan TINDAKAN/PERBUATAN menjadi negatif. Menjadi pendiam atau semakin pemarah. Boleh menjadikan seseorang melakukan perbuatan yang buruk atau  bertindak di luar batas kemanusiaan seperti memukul, membunuh
  3. MELANGGAR SYARIAT.  Manakala kekecewaan menjadi semakin buruk apabila dicernakan , perlakuan yang melanggar syariat spt melakukan maksiat dan bunuh diri.

3 CARA MENANGANINYA..
  1. BERZIKIR. Ubatnya ialah dengan banyakkan BERZIKIR iaitu banyak mengingati Allah. Maksud firman Allah : "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram."  (al-Ra`d:28) Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. 
  2.  MENGHARAP RAHMAT ALLAH Sifat orang yang beriman adalah dia tidak putus-putus mengharap rahmat dari Allah.  Katakanlah:  "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah al-Zumar ayat 53)
  3. MENAMBAH ILMU.  Hanya orang yang menyibukkan diri dengan mencari ilmu dan beramal dengannya akan merasa akan kelazatan dan nikmat kejayaan sesudah melalui pahit maung kegagalan.

3 SEBAB KENAPA MANUSIA MUDAH PUTUS ASA ATAU KECEWA?

Kenapa orang mudah Putus asa atau kecewa ada beberapa faktor /sebab.  Antaranya kerana :
  • kegagalan untuk mencapai sesuatu.  Cth : gagal dalam pelajaran, perniagaan, perkahwinan atau dalam hidup.
  • kurang perhatian dari orang yang dikasihi. Cth : anak dengan ibubapa, suami atau isteri dengan pasangan masing-masing
  • kerana sikap seseorang terhadap diri. cth : dimarahi, disakiti, diejek, ditinggalkan, dikecewakan dll.