Ahad, 19 Disember 2010

ADDIN ANNASIHAH (AGAMA ITU NASIHAT) NASIHAT 1



4 SOALAN DI HARI KIAMAT. BERSEDIAKAH KITA MENJAWABNYA?

Rasulullah s.a.w., bersabda yg bermaksud: “Tidak akan berganjak dua  tapak kaki manusia pada hari kiamat dari sisi Tuhannya sehingga ia disoal tentang empat perkara: Tentang umurnya untuk apa ia dihabiskan, tentang zaman mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana ia memperolehinya dan untuk apa ia dibelanjakan dan tentang ilmunya apa yang dilakukan dengan ilmunya itu(Hadis riwayat al-Tarmizi).

Menerusi hadis ini kita boleh lakukan muhasabah apa yang kita lakukan dengan 4 perkara yang telah dianugerahi Allah S.W.T untuk menjawab kedudukan kita di akhirat kelak.

4 SOALAN MUHASABAH DIRI?
UMUR      :  Banyak buat pahala atau banyak buat dosa
MUDA      :  Banyak hiburan atau banyak tugasan
HARTA    :  Banyak belanja untuk jalan kebaikan atau jalan kemaksiatan
ILMU        :  Banyak guna ilmu untuk jalan semakin mendekatkan diri kpd Allah
   atau semakin menyimpang dari mengingati Allah (hanya keduniaaan
   semata-mata)
Semoga umur, usia muda, harta dan ilmu dapat memberi saham yang berguna untuk kita bukan sahaja di dunia, mahupun di akhirat.  Fikir-fikirkan dan Selamat Beribadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan