Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS ILMU : FORUM KELANTAN FM BAH.1


FORUM RTM : RUMAHKU SYURGAKU

Yang saya muliakan pengerusi majlis, yang saya hormati ahli Panel yang pertama  Yang Berbahagia Ustaz seterusnya muslimin muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT. Assalamualaikum WBT !

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya nak mulakan perbincangan dengan 1 rangkap pantun.

SELAMAT MENGIKUTI FORUM BICARA
NASIHAT MENASIHATI DALAM AGAMA
HORMAT MEGHORMATI DI ANTARA KEDUA
SAYANG MENYAYANGI MEMBAWA BAHAGIA
Saya nak  sambung perbincangan mengenai berkenaan apa yang diberitahu oleh ustaz tadi mengenai berkenaan Sayangi Keluarga.
PERTAMA  kita perlu bersyukur pada Allah, bersyukur kerana kita ada keluarga atau ada pasangan.  Nabi amat sayang kita buat mengikutsunnah iatu kahwin.
KEDUA :  Keberkatan kahwin byk, Buat ibadat Kali 27ganjaran pahala, dan dapat elakkan banyak dosa : dosa  pgg tgn, dating, zina dll
KETIGA : Dapat zuriat yg akan menambah kasih sayang.Anak2 penyeri r/tangga
KEEMPAT :  Badan sihat, dpt melawan penyakit lbh kental, sakit pening kita ada org yang ambil peduli (isteri sakit, suami bawa pergi klinik, suami sakit kepal sakit urat ada org tolong picitkankan kepala sediakan mknn  dll)
KELIMA :  Dari kajian psikologi org yang Org yg berkahwin lbh pjg umur dgn syarat byk cinta dlm r/tangga, banyakkkan kasih sayng dalam keluarga.sebab apa SEBAB.. dia ada tugasan yg blh dibahagi2kan.
Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita ikuti Firman Allah Taala yg.berbunyi :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Tidak ada contoh teladan yg terbaik yg perlu diikuti dlm.r/tangga melainkan diri Rasulullah s.a.w sendiri dan para sahabat.
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri Tauladan yg baik”

Kisah 1 :  Sikap Rasulullah suka bersenda gurau dgn isterinya.  Ada riwayat yang menyebut baginda S.a.w pernah berlumba lari dgn Aishah.  Kali pertama baginda yg.mendahului, kali ke-2 baginda membiarkan Aishah yg.menang.  Tujuannya apa utk.menggembirakan hati isteri dan menambah kasih sayang.  Adakah kita pernah bersenda gurau dengan isteri. 
Satu hadis yg diriwayatkan oleh Ahmad menyebut :”Adalah rasulullah s.a.w menjahit pakaian, menampal kasutnya dan mengerjakan apayg dikerjakan oleh para L di rumah2 meraka.”
Aishah pernah ditanya apa yg dilakukan rasulullah s.a.w. sewaktu dirmh , lalu ia menjawab : “ Adalah Nabi s.a.w. manusia biasa , beliau membersihkan pakaiannya, memerah susunya dan melayani dirinya sendiri.” 

Satu ketika Rasulullah s.a.w masuk kermh Ali K.W.  Baginda mendapati Ali sedang sibuk membersihkan kacang.  Mka bginda S.a.w bersabda : Jika seorang suami membantu isterinya di dlm mengerja urusan r/tangga, maka Allh redha kpdNya “ Seorg L yg bekerja keras utk memenuhi keperluan keluarganya adlh tidak ubah spt seorg mujahid yg berperang di jalan Allah
Rasululla s.a.w bersabda : membantu isteri merupakan kaffarah dosa besar, dan memadam kemarahan Allah”

Yang berlaku dalam masyarakat kita bial suami buat kerja rumah apa dia kata : Ha..Tok laki di kena Queen Control dah..Bini dia bubuh minyak canua ke, beri amkan nasi tangas dsbg.  Adakah kita nak kata nabi itu dayus sebab buat kerja rumah..tentu sekali-kali tidak..Nauzubillah..kerana Kasihlah dan kasihan lah nabi buat semua itu.Kita bila
Ada setengah suami yg menjadikan isteri seperti hamba / org gaji.  Bila nak makan/ minum mereka main order2 mcm di Restoren.  “Teh tarik satu, taruh susu lebih sikit tau,  Atau kita seorang terlalu serius cthnya : al-maklumlah kita seorang bos di pejabat maka bila plg rmh kita asyik tahu memerintaah shj.
Kisah 2 ; Satu ketika rasulullah s.a.w. bersama isterinya Sofiyyah, bagaiman ketika Sofiyyah ingin naik ke atas unta Rasullah meletak ke2 lututnya di atas tanah, dinaikkan satu lututnya dan disuruh Sofiyyah memijakkan kaki untuk naik ke atas unta, lalu Rasulullah perlahan2 menolak naik Soffiyah naik, yang sebelumnya telah dilas dengan kain. Bagaiman romantiknya Rasulullah s.a.w.  dan berlemah lembutnya baginda terhadap isteri baginda. Bagiman kasihnya baginda kpd isterinya
Yg byk terjadi hari ini bila time bercinta kemain lagi bawa makwe, bawa laju2, yg makwe pun pegeng kuat2 bimbang takut jatuh, tambah2 diangkat tayar . Tapi lepas kahwin. Takde lagi pegang dan duduk rapat2Ada hadis yang bermaksud :
“Tidaklah menghormati orang perempuan itu kecuali orang2 yg mulia dan tidaklah menghina org2 perempuan itu kecuali org2 yg hina.
Kisah 3 :  Satu ketika Rasulullah terlewat pulang dari biasa, Apb pulang Rasulullah mengetuk pintu sambil memberi salam 3 kali, dan baginda memanggil Ya Humaira’! Ya Huamaira’ tetapi Aisyah tidak juga bgun, akhirnya Rasulullah mengambil kain serban, mehamparnya lalu tidur didepan pintu. Pada keesokkannya bila Aishah  tersedar dari tidur dan terkejut bila mendapati Rasulullah tidak ada disebelahnya.  Lalu Aishah mencarinya. Apb dibuka pintu tersepaklah baginda yg. sdg tidur.  Lalu Aishah memohon maaf dari Baginda.  “Maafkan aku Ya rasulullah aku tidur lewat sehingga tidak sedar engkau balik “Engkau tidak salah Ya! Aishah. Maafkan aku ya Aishah, Sayalah bersalah kerana pulang lewat.
            Mungkin kalau kita sudah terjadi pertengkaran : “Yang awak ni pekak ke, org berteriak pun tak dengar. Dah nak pecah pintu ni saya ketuk!. 
Rasulullah bersabda :
“Sebaik-baik baik kamu adlh yg plg baik dgn ahli keluarganya, dan aku adalah orang terbaik bagi ahli keluargaku.”
 Seterusnya Rasulullah S.a.w bersabda :
Org mukmin yg plg sempurna imannya ialah yg plg baik akhlaknya dan plg berlemah lembut dgn keluarga.”

ABDULLAH MASUD r.a , biasanya membaca Al-Q, kata Al-Qasim bin Abd Rahman, Jika dia selesai membaca Al-Quran dia bertanya : “Mana orang yang masih bujang ?. Kemudian di berkata : “Mari ke sini” , kemudian katakan . ‘Ya Allah, anugerahilah aku seorg wanita yg apb aku memandangnya membuatku senang, jika suruh dia menuruti dan jika kau meninggalkannya dia menjaga dirinya dan hartaku. 
Ini lah kebahagiaan apabial dia memandang isteri , di merasa semakin sayang, kepenatan bekerja diluar akan terhapus bila pulang ke rumah, mereka tidak bosan di rumah.  Sebab syurga di rumahnya.  Sebagaimana kata Ali K.W  : “ Ketika aku memandangnya hilanglah kesusahan dan kesedihanku.”  Fatimah r.a merupakan gambaran sempurna pelengkap contoh isteri yg mengembirakan suaminya.
Ibarat sebuah rumah didirikan perlu ada tiang, dinding, lantai jg ada bumbung. Utk. Mencantikkan lg.rmh itu dicat dan dihias indah.  Begitulah juga rmh adanya suami sebagai ketua keluarga yang bertanggung jawab, isteri sebagai ibu mithali dan anak-anak  yang soleh di dalamnya sebagai pengikat kasih sayang. Walaupun sejauhmana suami/isteri/anak-anak itu pergi atau keluar hati mereka sentiasa ingat pada rumah dan ingin segera pulang bila selesai dari tugasan masing-masing kerana di RUMAH MERUPAKAN SYURGA BAGINYA.

Muslimun muslimat sidang pendengar yang dirahmati oleh Allah: Lihat bagaiman aksihnya Raslullah SAW kepada anaknya Fatimah :  Setiap kali keluar orang yang paling akhir ditemui baginda SAW ialh Fatimah, balik pul org yg paling awal ditemui baginda juga ilah Fatimah :-Kisah 3
: Suatu ketika Rasululah S.A.W menziarahi ankanya Fatimah dan didapatinya anaknya sdg menangis.  Rasulullah bertanya kpd putri kesayangannya itu : Apakah yg menyebabkan engkau menangis Ya Fatimah? Jawab F : Aku sgt letih mengisar tepung dan menjalankan kerja2 rmh.  Sekira dpt, suruhlah Ali belikan seorg hamba utk. menolong kerja2 ini dan ianya mjadi satu kurniaan yg besar kpd aku. 
Rasulullah boleh memberi bila2 masa shj tawanan perang ttp mendgr jawapan anaknya itu R berkata : Wahai F bukankah putri terkemuka , bknkah engkau ratu didlm syurga jika engkau merasa letih melakukan kerja rmh, maka aku ada petua yg hendak ku beri pdmu. Bacalah Subhanallah,Alhamdulillah, Allah Akbar 33 (X), nescaya engkau dapati kalimah2 ini penolongmu lebih hebat lg dari seorg khadam yg sememang boleh aku berikan.
 Rasulullah merasa sedih dgn aduan anaknnya itu.  Baginda menghampiri batu pengisar bertujuan utk membantu anaknya lalu R ambil segenggam gandum lalu nabi baca : Bismillahirahmanir Rahim. Tiba2 batu pengisar bergerak2 dgn sendiritnpa perlu dikisar sambil batu mengucapkan tasbih dlm bahasa yyg amat indah. Apb selesai gandum dikisar Rasulullah berkata kpd batu pengisar : Diamlah wahai batu pengisar, cukuplah tidak perlu lg engkau kisar. Cukuplah bekalan utk. Anakku Fatimah.  Ketika itu Allah mengizinkan batu pengisar itu berkata : Demi Allah yg mengutus mu sbg seorg Rasul dan sebagai seorg yg amanah, bhw aku tidak akan diam selagi engkau tidak memberi jaminan kpd aku bhw aku akan ditemapt kedlm syurga dan dijauhkan dr api neraka.  Rasulullah sgt kehairanan : Wahai batu, engkau ini batu ttp engkau takut  api.  Ya Rasulullah aku tlh mendengar satu ayat yg berbunyi :
Wahai org beriman, jagalah dirimu dan keluarga kamu drp api neraka yg  bahan bakarnya manusia dan batu-batu. (al-Tahrim 66)
Apb dengar ayat ini aku takut dimasukkan dlm neraka, maka dgn  belas kasihan nabi mendoakan kpd batu.  Allah mengutus Malaikat Jibrail kpd Nabi. : Wahai Mohd, Tuhan yg bagiNya segala pujian dan yg Maha Tinggi penghormatan kpdmu. Berilah sampaikan khabar gembira kpd batu bhw Allah telah melepaskan dari api neraka dan meltkkan bersama batu2 syurga didlm istana Fatimah di akhirat di mana batu ini akan mengeluarkan cahaya yg terang menyinari mahligai bagai matahari yg menyinari bumi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan