Ahad, 19 Disember 2010

MAJLIS ILMU DI UITM


Ceramah Ustazah Wan Habsah Sempena Program Percikan Ilmu di Uitm Machang.
TAJUK : "KEMANTAPAN AKIDAH MENJANA
KEMAMPANAN MAHASISWA PROFESIONAL"

Assalamualaikum w.b.t,
Yg dimuliakam pengerusi majlis, yg dihormati pensyarah2, yang disayangi adik2 mahasiswa sekalian.  Semoga kita di bawah rahmat dan keredhaan Allah SWT sentiasa.

Sebelum pergi lebih jauh lagi ustazah ingin mulakan dgn kisah Rasulullah SAW.  Sbgaimana yg kita ketahui bhw tugas Rasulullah ialah menyampaikan dakwah yang benar kepada seluruh umat manusia.  Puak Quraisy begitu melampau bersangatan menentang R SAW.  Antara apa yg diceritakan o Abdullah b Amru bin al-As :

1.  Ketika Nabi SAW bersolat di Kaabah, Aqabah bin Muit dtg mencekik baginda dgn bajunya, kemudian Abu Bakar dtg memegang kepala bahunya sambil menolaknya dari R SAW sambil berkata : " Kenapa kamu hendak membunuh manusia yg mengaku dan mengucap " Tuhanku ialah Allah."

2.  Diceritakan oleh Abdullah Ibnu Umar : " Ketika Nabi sdg sujud bersembahyang di tengah2 puak Quraisy, dtglah Aqabah bin Muit membawa najis sembelihan dan melemparkan ke atas belakang R SAW, myebabkan R SAW  X dpt mengangkat kepalanya dari sujud sehinggalah dtg puterinya
melakukan yg demikian.

3.  Sahabat R SAW sendiri juga menghadapi seribu satu penyiksaan, sehingg ada yg cedera, cacat anggota dan ada pula yg mati kerana penyiksaan  Di riwayatkan o Bukhari bahawa Khabbab bin Al-'Arat dtg mengadu dalam keadan hangus kulitnya disiksa : Wahai Rasulullah kenapa tuan hamba tidak memohon drp Tuhan untuk sekelian.?  Baginda menjawab : "Sesungguhnya mereka yg terdahulu drp kamu pernah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ke tulang dan urat sadar, tetapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula diantara mrk dibelah kepalanya dgn gergaji namun demikian mereka tidak mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam)sehingga manusia yg berjalan dari San'a' ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah.

Inilah sebahagian kecil kisah yang dapat kita teladani bagaimana kuatnya iman, bagaimana teguhnya akidah Rasulullah dan para sahabat dalam perjuangan hidup ini.

Berbalik kepada tajuk kita : Kemantapan Akidah Menjana Kemampanan Mahasiswa Profesional.
Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul)kerana ia diasaskan atas tiga komponen utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga komponen ini menjadi tonggak utama kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam
Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Qur‘an dan As-Sunnah. Maka keselamatan umat Islam di dunia dan di akhirat adalah ditentukan kepada ukuran sejauh mana seseorang itu berpegang teguh kepada kandungan Al-Qur‘an dan As-Sunnah. Hal ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Malik Radiallahu ‘anhu yang bermaksud :
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Qur‘an) dan sunnah RasulNya”.
Apakah yg dikatakan akidah?
Akidah dikira sebagai asas Islam. (kalau rumah : tapak/ pokok : biji benih) Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuhnya pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah SWT menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera Selama 13 tahun semasa di Makkah Nabi Muhammad menyeru kepada pembentukan akidah. Kesannya sahabat Rasullullah SAW memiliki akidah yang teguh, sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menjunjung perintah RasulNya.
Kita ikuti bagaimana kisah  Keluarga Amar bin Yasir adalah deretan pertama diuji akidahnya  .  Kisah berlaku di awal permulaan Islam Sumayyah mendapat perlakuan yang sangat tidak berperikemanusiaan daripada tuannya. Dia disuruh meninggalkan agama Islam. Kaki kanannya diikatkan ke satu kuda, sementara kaki  kirinya diikatkan ke kuda lainnya. Setelah itu dua kuda tadi dipacu  untuk lari ke arah yang berlawanan. Maka tubuh wanita lemah itu terbelah dua. Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Dialah  syahidah pertama, pahlawan wanita muslimah yang membakar api perjuangan Islam.
Seseorang yang telah menerima taufik dan hidayah kebenaran. Hendaklah ia bersyukur dan meneguhkan akidahnya itu serta memeliharanya dari segala apa yang boleh merosakkannya.. Kerana agama Islam sahajalah yang diredhai Allah dan yang menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar-benarnya, khasnya di akhirat kelak.

Lihat bagaimana pula contoh berikut : Abu Bakar  sendiri membaca al-Qur'an di saat orang-orang Quraisy berkumpul di sekitar  Ka'bah.  Sehinggakan Abu Bakar dipukul beramai-ramai sampai tidak sedarkan diri. Nasib baik tidak sampai mati. (dia tetap mempertahankan akidahnya/ pegangannya)
   
Sprt Abu bakar, Ibnu Mas'ud juga melakukannya. Ia yang  dikenal sangat fasih bacaan Qur'annya, mencuba untuk nmenunjukkan sesuatu kepada kaumnya. Padahal saat itu umurnya baru belasan tahun. Semangat Ibnu Mas'ud memang tidak sepadan dengan tubuhnya yang kecil. Dengan bersemangatnya, ia hadir di tengah kerumunan orang ramai, hingga harus mengalami nasib serupa, dipukul ramai-ramai oleh orang-orang kafir yang sangat membenci dakwah Nabi. Anehnya setelah sedar, ia  ingin maju lagi, andai saja diperbolehkan.    

Allah berfirman yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." ( Ali-Imran : 102 ) Maksud ayat di atas mewajibkan setiap individu sentiasa menerima dan menghormati Islam ( hukum-hukum yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW ) pada iktikad, segala tutur kata dan perbuatannya supaya apabila datang matinya pada bila-bila masa pun, ia berada dalam keadaan beragama Islam.
Setiap individu wajib mengekalkan akidah kepercayaannya hingga kepada saat ia menghembuskan nafasnya yang akhir. Ia mestilah menjaga akidahnya dari menyeleweng dan rosak sama ada melalui percakapannya, perbuatannya dan iktiqadnya.
 Lihatlah Bilal bin Rabah, dalam penderitaan yang di luar batas kemampuan, ia tetap istiqamah memegang keyakikannya. Biarpun majikannya telah menelanjanginya, kemudian menyeretnya di padang pasir  yang berbatu dalam terik matahari yang sangat panas, lantas menindih badannya dengan batu besar, ia tetap berkata, 'Ahad, ahad'. Imannya  tidak bergeser sedikitpun jua.

Ketika Rasulullah dibawa kesyurga semasa peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah mengatakan bahawa beliau mendengar bunyi tapak kaki / selipar Bilal bin Rabah, apakah keistimewaannya?.
Rosaknya akidah dinamakan riddah yang dita'rifkan oleh ulama' seperti berikut : " Riddah ertinya berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad. "Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur. Akidah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana akidah dikira sebagai asas Islam dan sebagai penentu atau pendorong baginya.
CIRI-CIRI MAHASISWA PROFESIONAL YANG MEMILIKI AKIDAH YG MANTAP
Mahasiswa yang unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan mahasiswa unggul dan profesional, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh (akidah), amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1.  Keimanan Yang Utuh/ Akidah yg mantap
Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:
“ Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”.
( Surah al-Asr : 1-3 )
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih.
Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama,1. pengetahuan yang mendalam, 2. kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
Kisah :  Ada seorg guru kafir yg cuba menanamkan akidah yg salah kpd seorang murid tadika. Hari2 dia cuba menerapkan secara perlahan2 bahawa Allah yg disembah org Islam itu tidak ada.  Caranya dia kan mengatakan :  Murid2! Nampak x Ini apa? Jwb murid : Ini meja, Maka meja ini ada… Mana tuhan?  Tuhan x ada.  Seorg budak bgun dan kata : Kawan2 nampak x otak cikgu?, Tak nampak! Maka otak cikgu x ade.
2. Pelaksanaan Amal Ibadat
Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah swt :
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”.
( Surah az-Zariat : 56 )
Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.
Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah swt berfirman:
“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”.
( Surah al-Mukminun : 1-6 )
Dia yakin dan beriman jika x solat cthnya akan mendpt pembalasan dr Allah SWT
3. Akhlak Mulia
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan \akidah yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.
Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda,
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
( Riwayat Ahmad )
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:
a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:
“ Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”.
( Surah al-Baqarah : 283 )

Amanah sebagai hamba Allah : segala kewajipan mesti ditunaikan segala kemaksiatan mesti dijauhi
Amanah sebagai anak : Taat kepada ibubapa selagi x bercanggah dgn agama
Amanah sebagai mahasiswa : Amanah dengan ilmu yg dipelajari, taat kpg guru dsbg


 
b)  Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya “.
( Surah al-Bayyinah : 5 )

Buat ibadat bukan kerana org, buat amal bukan kerana org.  Cth x ikhlas : Cikgu/ ibubapa ada , maka kita solat, x ade x solat.  Dlm solat tutup aurat luar solat x tutup aurat.  Begitu juga bila kita belajar
Kisah seorg yg ingin jadi Muazin pd zmn Rasulullah SAW
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“ Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim”.
( Riwayat Imam al-Baihaqi )
 
c)  Tekun
Islam menggalakkkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah saw,
“ Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun”.
( Riwayat Abu daud ) Hadis rasulullah SAW " Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beramallah kamu seolah-olah kamu akn mati esok hari."   Kata Abu Hurairah :  "Jika aku tahu kiamat berlaku esok nescaya hari ini masih aku tanam biji benih."  Bermakna usaha membuat kerja dan amal itu tidak putus-putus dilakukan dengan tekun sehinggalah tamat riwayat kita.  Kalau mahasiswa dia mesti tekun belajar demi untuk menambah pengetahuan bukan setakat cukup makan (markah lulus)tetapi ingin mendaptkan yg terbaik (excelent).
Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.
 
d) Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai denga lebih cepat lagi.
Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
Dlm Islam diseru sebyk 10 X sehari.

e) Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman:
“ Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.
( Surah Ibrahim : 7 )
Lihat pada kejadian yg Allah jadikan.  Tengok pada diri kita sendiri. Mata Allah buat untuk apa?, hidung?, telinga?, tgn?, kaki dll
Jgn lihat pd org yg lebih. Cth kawan ada Hp mahal 3G, MMS dll kita pun nak juga walau x mampu.

f) sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt :
“ Wahai orang-orang yang  beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”.
(Surah Ali Imran : 200)
Dlm belajar kita perlu byk bersabar utk mencapai kejayaan. Kita kena hadir kuliah, kena buat assignment, kena study, buat itu, ini dll.
 



g) Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri”.
(Riwayat Abu Syeikh)
Adil pd masa.  Masa belajar study betul2, jgn main2 nanti kita akan menyesal.  Kalau adil dalam berpakaian : L mesti pakai cara lelaki P mesti pakai cara P sebagaimana yg dittpkan oleh Al-Q.  Yg Perempuan  tak boleh pakai baju adik. Itu tak adil namanya.


UNTUK MENJADI MAHASISWA YG PROFESIONAL BERTERASKAN AKIDAH YG MANTAP.
Kesimpulannya :
  1. Beriman kpd Allah :  Sesungguhnya org yg paling mulia ialah yg plg bertaqwa
  2. Percaya kan balasan pahala dan dosa. 
  3. Percaya kpd syurga dan neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan